Tuesday, January 11, 2022

YA ALLAH. SAYA MERAYU PADA MU AGAR ENGKAU KALAHKAN KERAJAAN DAP (KOMUNIS) PADA PRU 15.

Sejak dapat tahu ada ramai mangsa yang mengalami keracunan makanan berpunca dari penggunaan telur tamat tempoh dekat Terengganu baru-baru ni sampaikan ada yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), saya dah mula rasa tak sedap hati. 

Setiap hari masa bertugas memang kami akan jumpa kes yang kritikal. Tapi kalau ada yang terpaksa dirawat kat ICU tu, kemungkinan besar pesakit tu sebenarnya sedang bertarung antara hidup dan mati. 

Akhirnya semalam mangsa berusia 25 tahun tu disahkan dah pergi meninggalkan kita semua akibat kegagalan pelbagai organ dalam badan (multiorgan failure) disebabkan jangkitan kuman yang melampau (septic shock).

Saya yakin kita semua tak nak tragedi dahsyat ni berulang balik pada sesiapa pun, apatah lagi pada anak kecil kita atau ahli keluarga yang lain.

Sebab tu saya nak minta kita semua tolong periksa betul-betul telur yang ada kat rumah kita tu tiap kali sebelum masak:

1. Tolong tengok dulu tarikh pada kotak telur tu kalau ada. Make sure belum expired.

2. Pastikan tak ada tanda keretakan pada kulit telur tu.

3. Tak ada kesan berlendir pada permukaaan kulit telur. Kalau ada, tu tanda bakteria dah mula rosakkan telur.

4. Kalau dekat kulit telur tu ada lapisan berdebu, maksudnya dah mula berkulat.

5. Cuba cium dulu. Kalau ada bau busuk dan hanyir, telur tu memang confirm dah rosak.

6. Buang telur tu kalau perasan dah ada perubahan warna pada putih telur.

7. Sebelum pecahkan telur tu, masukkan dulu dalam gelas atau bekas berisi air. Mana yang terapung je tak turun-turun, maknanya tu telur lama. Baik buang cepat cepat dan jangan ambil risiko gunakan telur tu.

Telur yang dah rosak berisiko tinggi untuk tercemar dengan macam-macam jenis kuman. Tapi antara yang paling kerap dan paling bahaya bila dah tercemar dengan kuman 'Salmonella'. 

Kalau terkena jangkitan kuman 'Salmonella' tu, kita mungkin boleh demam, muntah, sakit perut dan paling dahsyat sampai berlaku kematian seperti yang terjadi semalam. 

Tolong share info penting ni pada kawan-kawan dan ahli keluarga kita yang lain jugak ye. Siapa tahu tindakan kecil yang kita buat ni dapat menyelamatkan banyak nyawa yang lain.

- Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Mana yang follow FB saya ni tolong set ‘See First’ sekali ye supaya nanti tak terlepas artikel penting macam ni lagi.

# copy & paste.

Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment