Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera.
Untuk makluman, pada 07/10/2020 bertempat di Maktab PDRM KL, YDH DIG Dato' Sri Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani telah membuat pelancaran portal dan aplikasi *Semak Mule*.
Fungsi portal dan aplikasi ini adalah untuk orang awam membuat semakan terhadap *No. Akaun Bank* atau *No. Telefon* sebelum melakukan transaksi pembayaran kepada mana-mana pihak.
Dengan kemudahan ini, orang awam dapat mengetahui Nombor Akaun Bank atau Nombor Telefon yang pernah digunakan untuk kes-kes penipuan dan seterusnya dapat mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.
Pohon tuan2 :
1. Menyalurkan maklumat ini kepada pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing.
2. Menyebarkan kepada orang awam mengenai link berkenaan iaitu: https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
Ataupun download aps di Google playstore https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ccid.ccis2020&hl=in&gl=MY
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment