TGHH seru supaya kita tdk lagi malu mengaku sebagai pejuang Islam.
Ada byk maksud dlm saranan itu.
1) Jgn lagi ada kakitangan kerajaan yg mendiamkan diri. Ini masanya kita bergerak secara terang2an. Bukan lagi "underground". PAS sudah sebahagian dari kerajaan. Tdk timbul soal kena "Gam". Di pindah ke pedalaman Sabah, Sarawak dan dsb. Kitab rujukan yg digunakan pun sebahagiannya sudah diwartakan oleh Jabatan Perdana Menteri sejak thn 80an lagi. Tiada siapa perlu merasa risau dan curiga.
2) Jika anda dulu sekadar penyokong, bekerja hanya disebalik tabir, kini masanya anda kedepan. Tawarkan khidmat kepakaran. Pegang jawatan. Masuk mesyuarat. Hadir kuliah dan usrah. Jika anda rajin bersenam, pegang lajnah sukan. Pandai IT, jadi setiausaha. Berani bercakap, tadbir lajnah penerangan. Bijak bisnes, pegang jawatan Bendahari. Baru balik Al Azhar, pegang lajnah tarbiyah dan Urusan Ulama.
Di sesetengah negeri, seperti Johor, seorang ahli yg aktif terpaksa pegang 5-6 Jawatan. Bukan gila kuasa Tuan2.. tapi sebab ramai yg takut kena "pulau". Takut tak naik pangkat. Takut kena "kutip" dgn SB dan mcm2 lagi.
Jgn mtk jawatan ketua cybertrooper. Benda tu "part time" je. Paling utama turun Padang. Jumpa masyarakat. Org jawa ckp "Face the real thing". Jgn bimbang kalau org tak terima. Hidayah milik Allah. Jgn gusar kalau prgrm kita gagal. Kerana dgn kegagalan yg berlaku sekarang adalah sebahagian dari kejayaan di masa depan. InshaAllah.
Moral of the story... TGHH suruh Kita kedepan. Bukan dia suruh Kita berdiri tengah Padang sambil menjerit.. "Akulah Pejuang ISLAM!!!". Bukan mcm tu tuan-tuan..
Percayalah. Gerak kerja kita lebih byk dari masa yg kita ada. Bantulah sahabat2 yg ada. Kita sudah benar2 berada dihujung usia dunia.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment