Tuesday, January 25, 2022

KRONOLOGI KEMBARA UMNO YANG GAH

https://www.facebook.com/275464012898189/posts/1136810466763535/

*KRONOLOGI KEMBARA UMNO YANG GAH*

1.  Tanggal 10 Mei 2018, terpahatlah sudah tarikh kejatuhan kerajaan UMNO/BN pada PRU14. Berbulan-bulan ahli UMNO di desa dan di kota terkedu dalam sendu. Kuasa yang digenggam 60 tahun lebih akhirnya terlerai buat pertama kali. Meratap hiba semua warganya tak tahu ke mana mengadu hati yang lara. Negeri yang dimenangi pun terkesima kerana tiada lagi tempat untuk bermanja.

2. Tanggal 14 September 2019, Himpunan Perpaduan Ummah berlangsung di PWTC. Ibrah kejatuhan, menemukan UMNO di akar perjuangannya. Lantas disapa  PAS untuk mula duduk semeja. Peluk dan salam berurai si airmata. Diharapkan detik sejarah baru bermula. Menyatukan bangsa yang sekian lama bersengketa. Baru mengerti mahalnya nilai bersaudara.

3. Tak cukup dengan persahabatan dengan parti Islam PAS, UMNO mula sedar perlunya bergerak atas garisan Islam yang sama. Maka pada tanggal 6 Disember 2019, UMNO meminda perlembagaan dengan meletakkan Islam di depan hierarki perjuangan.  Islam diutamakan manakala perjuangan bangsa diundurkan selangkah ke belakang. 

4. Berkat berkerjasama dengan PAS, UMNO telah memenangi 7 PRK dengan penuh gemilang. “Terima kasih PAS”, memenuhi ruang berkumandang. Saat inilah rasa syahdunya manfaat persaudaraan. PAS bukan kepalang bersyukur kerana dihargai. Namun tidak meminta apa-apa balasan apalagi untuk memohon bertanding walaupun satu kerusi.

5. Tanggal 25 Februari 2020, tak semena-mena kerajaan PH tumbang. UMNO kembali menjadi kerajaan, dengan BERSATU dan PAS atas nama Perikatan Nasional. Beberapa negeri yang hilang, ke pangkuan UMNO dibawa kembali. Gahnya UMNO dengan jawatan MB.

6.  Semangat UMNO mula pulih seperti sediakala. Bermula di Perak mereka meronta. Tanggal 5 September 2020, tersingkirlah Ahmad Faizal Azumu dari BERSATU digantikan oleh UMNO melalui  Saarani. Demi kuasa, kemelut tercetus. Rakyat terhidu aura DAP. Nasihat dan pandangan PAS tidak lagi dihormati. PAS pula yang  dibelasah sedangkan UMNO dan BERSATU yang berkelahi. 

7. Kemaruk kuasa tak kenal jemu. Hajat seterusnya dicetuskan oleh kluster mahkamah yang berhajatkan kerusi Perdana Menteri.  Maka difikirkan BERSATU pasti menghalangi. Maka diputuskan tiada lagi kerjasama dengan BERSATU pada PRU15 nanti.

 8. Tanggal 9 Mac 2021, Pengarah PIlihanraya UMNO, Tajuddin A. Rahman menyindir PAS sebagai parti kecil manakala UMNO adalah parti  besar yang tak patut jadi kerdil. Hebatnya Tajuddin, sudah habiskah dicium bulu di lengan Najib sebelum ini?  

9. Kesabaran PAS terus diuji.. Tanggal 12 Mac 2021, tersebar ucapan Tengku Razaleigh  bermulut longkang. PAS digelar sebagai pelacur politik yang perlu ditewaskan. Kotornya hati perut yang  terbit di mulut. Sengaja merobek sebuah persahabatan, umpama ada sebuah dendam yang tak kunjung padam.

10. Tanggal 28 Mac 2021, melalui PAU 2020 dengan rasminya UMNO menolak kerjasama dengan BERSATU. Diperlinya tetamu, secara berdepan PAS diperlekehkan, UMNO menyuarakan bergerak solo. Jajaran politik baru selepas PRU15 ingin dirintis. Selamat tinggal PAS dan BERSATU. Ahlan wa sahlan sahabat baruku, PH.

11. Kini rakyat mula tertanya; di manakah berbezanya UMNO dengan perlembagaan baru Islam dengan perlembagaan sebelumnya? Takkan tiada secebis perubahan sikap dan amalan para pemimpinnya sesuai dengan hasrat Islam yang diperlembagakan?  Tidakkah Surah al-Ankabut ayat 65 dijadikan pengajaran? 
      فَاِذَا رَكِبُوْا فِى الْفُلْكِ دَعَوُا اللّٰهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ ەۚ فَلَمَّا نَجّٰىهُمْ اِلَى الْبَرِّ اِذَا هُمْ يُشْرِكُوْنَۙ 

“Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan penuh rasa pengabdian (ikhlas) kepada-Nya, tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, malah mereka (kembali) mempersekutukan (Allah),”


#NekadBersamaIslam
#BerpolitikBiarMenguntungkanIslam
#MAMPUCentre

BayangDiAir,
5/4/2021

No comments:

Post a Comment