Thursday, December 29, 2011

COMPREHENSION

9 Jalan 5/12A,
Taman West Country,
43000 Kajang,
Selangor.

1 FEBRUARY 2011

Dear Al-Fatih,
I was indeed glad to hear from you after such a long silence. Thanks for your letter. How are you? I hope you are in the pink. Anyway, I will tell you about the benefits of joining the National Service Programme.

If I were you, I would to join this programme because this programme can develop in you good habits. You can know how to behave with other people especially the older people. You can also make new friends from other states.

You will also learn leadership skills. To become a leader, you need responsibility. There are many exciting activities if you join this programme such as jungle trekking or camping. I guarantee these activities will make you calm, release your stress and you will feel happy.

You will meet friends who come from different parts of Malaysia. That means you can make a lot of friends from other races. You will learn how to be independent. You learn how to wash your clothes, shoes and your equipment alone. Your parents will be proud if they know you can do things alone without depending on other people.

The other benefit is you will gain new experiences. These experiences will mould you to become a mature person with good attitude and one who cares. When you have a group, the element of teamwork is needed. That will teach you how important it is to help each other.

In this programme you are lucky because you will learn how to strengthen love for your country. You will also know how to cherish the real meaning of patriotism for our country such as singing `Negaraku’ or attending National Day at Stadium Merdeka to appreciate our freedom. This programme makes you healthy and fit. you will exercise regularly or jog everyday.

The interesting thing about this programme is you will learn how to survive in the forest if you are lost. That means you will know about the survival skills. The fasilitators will train you to be orderly. You can become a good person as the element of discipline is stressed.

There, I have given my opinion about the benefits of joining this programme. I hope you will decide carefully. However, the ultimate choice is yours. Convey my regards to your parents.

Your cousin,
...........


p/s : berjaya gak aq hasilkan post BI utk blog aq.. kalo nk tau, ni la dia karangan yg aq buat masa aq klas 5 Science 2 (2011).. ni pun ambik masa lama tau, padahal esok nk kena hantar kt cikgu..

lagi satu, patut nyer alamat, tarikh n tandatangan kt belah kanan, bukannya di belah kiri.. tu bru la format yg btul.. aq pon dh bnyk kali cuba nk ltak belah kanan tapi tetap di belah kiri gak... aq pon x tau nk wat camne lagi dh... so aq biarkn je la... janji bole faham sudah..

Saturday, December 17, 2011

KARYAKU 3 ( SURAT RASMI)

Taman West Country
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan __________________________________________________________

Pengarah
Majlis Perbandaran Bangi
43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan

14 JULAI 2008

Tuan,

Permohonan Pemasangan Lampu Jalan

Saya mewakili penduduk Taman West Country ingin mengemukakan permohonan pemasangan lampu jalan di Taman West Country.
1. Sejak 14 tahun yang lalu tidak pernah dipasang lampu jalan di taman kami walaupun sudah beberapa kali kami membuat permohonan untuk menjamin keselamatan kami. Kerap kali kami ditimpa masalah yang besar sehinga menyusahkan kami serta membimbangkan kami.
Masalah-masalah yang kami ajukan tentang ketiadaan lampu jalan adalah seperti berikut :
2. Berlaku kes kecurian di taman perumahan kami kerana keadaan yang gelap gelita. Perkara ini berlaku pada pukul 1.00 tengah malam hingga waktu subuh. Penduduk taman ini kerap kali kehilangan basikal, motosikal, vespa, skuter, basikal roda tiga dan lain-lain. Penutup longkang juga turut hilang hingga menyebabkan kami ditimpa kecelakaan.
3. Di samping itu juga kanak-kanak yang ingin pergi ke kelas tuisyen sering kali tersilap arah yang dituju sehingga menyebabkan kemalangan yang agak serius kerana ketiadaan lampu jalan. Selain itu juga kereta yang keluar masuk sering kali ditimpa musibah seperti kemalangan jalan raya.
4. Jenayah rogol, pembunuhan, samun dan kes penculikan juga sering berlaku sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk.
Kami berharap yang tuan akan meluluskan permohonan kami demi keselamatan kami. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan, terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian
Yang Benar
......................
(MOHAMAD KAMIL BIN ABDUL RAHIM)
Ahli Jawatankuasa Taman West Country


p/s : tadaa! ni la dia karangan yg aq buat masa aq form 2, klas 2KM1.. aq pon heran camne aq bole dpt markah 30/40.. sbb aq rasa karangan aq ni bkan la bgus sgt, dh la bnyk salah format kot.. haha.. mungkin cg bm aq ni dh x btul skit kot.. haha.. jhat plak aq kutuk cg... papehalpun aq bangga sbb aq bole buat `bende' ni n dpt markah agak tinggi skit.. tu yg penting bagi aq...

lagi satu, patut nyer tarikh di belah kanan, bkan nyer di belah kiri.. tu bru format yg btul.. aq dh bnyk kali cuba nk letak belah kanan, tapi x bole gak.. so aq biarkan je la.. janji bole faham sudah..

Thursday, December 15, 2011

AMALAN MURNI DALAM KALANGAN REMAJA


Menolong guru


Menghormati ibu bapa


Menghormati orang tua

Remaja-remaja yang melakukan amalan murni pasti akan dihormati oleh ibu bapa, masyarakat ataupun guru.

Caranya ialah dengan menolong guru yang menghadapi kesusahan ketika melakukan kerja seperti tolong mengangkat buku-buku ke bilik guru ataupun membantu cikgu mengemaskan bilik darjah atau bengkel.

Remaja sekarang harus menghormati orang tua kerana umur mereka lebih jauh daripada kita. Kita juga boleh melawat ke rumah orang-orang tua. Di sana kita boleh membantu warga tua yang semakin uzur. Remaja boleh mengambil iktibar tentang cerita sedih warga tua.

Menghormati ibu bapa adalah wajib bagi remaja. Kita haruslah menyayangi mereka. Bantulah ibu bapa membuat kerja dengan membasuh pinggan mangkuk ataupun menolong mengangkat barang yang berat.

Para remaja haruslah prihatin tidak kira warga tua atau muda yang menghadapi kesusahan seperti memipin tangan warga tua melintas jalan yang sesak. Sikap prihatin haruslah dimiliki oleh remaja sekarang.

KARYAKU 2 (SURAT TIDAK RASMI)

Taman West Country
43000 Kajang
Selangor

9 Julai 2008

Menemui sahabatku mamat yang diingati selalu.
Apa khabar saudara di sana? Semoga berada dalam keadaan sihat.

Saudara,
Saya mendapat tahu daripada kawan-kawan yang saudara terlibat dalam aktiviti lumba haram. Mengapa saudara menyertai aktiviti tersebut? Saudara sendiri tahu yang aktiviti lumba haram tersebut mempunyai banyak kesan negatif. Aktiviti tersebut boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Saudara juga mengetahui kegiatan yang saudara lakukan itu juga boleh mengganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan saudara dan orang lain.

Saudara sendiri tahu yang kegiatan tersebut menyalahi undang-undang. Jika saudara tertangkap atau ditangkap sudah pasti saudara akan disaman atau dipenjara kesannya akan memalukan saudara sendiri, ibu bapa serta kaum kerabat. Bukankah itu menyusahkan diri sendiri. Saya berharap agar saudara kembali ke pangkal jalan sebelum nasi menjadi bubur.

Saya yakin yang saudara sendiri tahu, saudara telah tidak hadir ke sekolah selama seminggu akibat melibatkan diri dalam gejala sosial tersebut. Rakan-rakan dan guru-guru sendiri tertanya-tanya di mana saudara sekarang? Saudara juga telah banyak ketinggalan dalam pelajaran. Saya yakin yang pihak sekolah telah mengeluarkan surat amaran untuk diberikan kepada ibu bapa.

Oleh itu saya amat berharap agar saudara dapat hadir ke sekolah seperti sedia kala supaya saudara tidak ketinggalan banyak mata pelajaran dan tidak dikenakan tindakan seperti dibuang sekolah akibat kesalahan saudara sendiri. Kami berharap saudara tidak lagi melibatkan diri dalam aktiviti lumba motosikal haram memandangkan PMR semakin hampir.

Nampaknya sampai sini sahajalah surat saya untuk kali ini. Terimalah salam rindu dari saya.
Wassalam.

Yang benar,
...........


p/s : patut nyer alamat, tarikh n tandatangan kt belah kanan, bukannya di belah kiri.. tu bru la format yg btul.. aq pon dh bnyk kali cuba nk letak belah kanan tapi x bole gak... aq pon x tau nk wat camne agi dh... so aq biarkn je la... janji bole faham sudah..

Wednesday, December 14, 2011

KEBAIKAN AKTIVITI BERGOTONG-ROYONG


Gotong-royong juga merupakan gaya hidup yang sihat

Antara kebaikan aktiviti bergotong-royong ialah boleh mendapat ramai kenalan. Tempat yang dibersihkan tadi juga akan bersih dan terhindar daripada serangga perosak.

Selain itu kita juga dapat mengeratkan silaturahim apabila bergotong-royong. Di samping itu, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan bergotong-royong bersama rakan sekelas. Aktiviti gotong-royong juga dapat mengeluarkan peluh yang sihat.

Aktiviti tersebut juga dapat menghilangkan stress seperti stress dalam pelajaran. Sekolah kita juga akan bersih dan terhindar daripada aedes dan chikugunya kerana longkang sudah dibersihkan. Di samping itu juga sekolah akan ceria dengan lukisan mural.

Barang-barang yang tidak boleh digunakan seperti kerusi patah boleh dibuang supaya sekolah akan lebih selamat. Penanaman pokok di sekolah tersebut akan menambahkan lagi keceriaan sekolah. Habuk seperti habuk tingkap yang sudah dibersihkan akan kelihatan lebih bersih dan boleh mengurangkan penderitaan individu yang menghidap asthma.

KARYAKU (SURAT TIDAK RASMI)

Blok Permaisuri
SMK Sains Raub
86510 Raub
Pahang

16 Januari 2009

Ke hadapan ayahanda dan bonda yang berada di Bandar Baru Bangi. Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat sekerluarga. Anakanda di sini juga sihat.

Ayahanda dan bonda yang diingati,

Tak silap anakanda, sudah sebulan anakanda berpisah dengan keluarga. Apabila waktu malam menjelma iaitu masa tidur anakanda terasa rindu dan mahu sahaja pulang ke pangkuan keluarga namun begitu anakanda juga mengenangkan masa depan yang cerah, oleh itu anakanda terpaksa menguatkan semangat dalam mencari dan menimba ilmu. Di sana anakanda dapat menyesuaikan diri dan anakanda juga tidak kekok dengan rakan-rakan yang lain. Anakanda berasa gembira kerana rakan-rakan baik budi pekerti dan saling membantu ketika anakanda kesusahan.

Anakanda masih ingat pada hari pertama persekolahan. Pihak sekolah telah menjalankan minggu suai kenal. Selepas minggu suai kenal, pembelajaran pun bermula. Kami belajar pada waktu pagi. Dari pagi pembelajaran bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.50 tengah hari. Pembelajaran bukan setakat terhenti di situ sahaja. Kami juga belajar pada waktu petang dan malam dengan mengadakan kelas tuisyen anjuran guru mata pelajaran subjek masing-masing.

Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda. Sebenarnya anakanda dapat hidup berdikari. Semua kerja anakanda dapat lakukan dengan sendiri sepeti membasuh baju serta kasut, melipat baju, mengemaskan katil, membersihkan dorm dengan kawan mengikut hari yang ditetapkan seperti menyapu lantai, mencuci lantai dan lain-lain. Pada hari persekolahan kami diwajibkan bangun pagi pada pukul 5.30 pagi. Selepas itu kami bersiap-siap ke sekolah dan turun ke kantin untuk sarapan pagi.

Anakanda mepunyai teman yang bernama Nizar Rayyan. Dia adalah rakan karib anakanda. Salahuddin Al-Ayubi juga kawan anakanda yang juga merupakan seorang pengawas yang adil lagi bijaksana. Seorang lagi kawan anakanda yang digelar ulat buku oleh rakan sekelas anakanda kerana gemar membaca majalah, novel, cerpen, surat khabar dan apa-apa sahaja yang boleh menjadi bahan bacaannya tidak lain tidak bukan Abu Anas Al-Zaharna. Dia memegang jawatan pengawas pusat sumber. Nama-nama yang anakanda sebutkan tadi adalah nama ahli kumpulan belajar anakanda. Kami bersepakat menamakan kumpulan kami Orkid 3 Serangkai.

Di sini segalanya lengkap. Kami juga dibenarkan ke bandar dua minggu sekali untuk membeli keperluan. Pada hari persekolahan kami diharuskan memakai pakaian seragam agar dapat membentuk disiplin diri. Anakanda juga boleh balik sebulan sekali dengan itu anakanda dapat melepaskan rindu pada ayahanda dan bonda.

Sampai sini sahajalah cerita anakanda. Jika ada kelapangan anakanda akan menulis lagi dan anakanda minta tolong supaya sampaikan salam kepada keluarga tidak lain tidak bukan kepada abang, kakak dan adik anakanda.

Yang merinduimu,
................

p/s : patut nyer alamat, tarikh n tandatangan kt belah kanan, bukan nyer di belah kiri.. tu bru la format yg btul.. aq pon dh bnyk kali cuba nk ltak belah kanan tapi tetap di belah kiri gak... aq pon x tau nk wat camne agi dh... so aq biarkn je la... janji bole faham sudah..

Tuesday, December 13, 2011

KESAN MEROKOK TERHADAP MANUSIA


Merokok ibarat membunuh diri

Merokok sebenarnya membahayakan kesihatan tubuh badan dan para ulama sudah mengeluarkan fatwa merokok adalah haram tetapi tidak ramai yang mengikutinya.

Merokok boleh menyebabkan kita mendapat penyakit yang berbahaya. Individu yang merokok mudah mendapat darah tinggi yang membawa kematian. Rokok boleh menyebabkan paru-paru rosak kerana rokok mengandungi bahan yang berbahaya seperti tar dan nikotin.

Kanser paru-paru merupakan penyebab kesan merokok. Individu yang merokok juga mudah mendapat kanser mulut, kaki dan tangan. Merokok boleh menyebabkan badan mudah letih jika berlari atau menaiki tangga bagi yang duduk di rumah flat. Rokok juga akan menyebabkan umur semakin pendek. Selain itu mulut perokok juga akan berbau busuk dan giginya akan kuning. Perokok juga mudah mendapat kanser alveolus.

KEPENTINGAN MENGHORMATI IBU BAPA



Setiap anak wajiblah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang menjaga kita dari bayi sehinggalah dewasa serta menjaga makan, minum, pakaian dan menjaga keselamatan kita.

Anak-anak wajiblah menghormati ibu bapa kerana ibulah yang melahirkan kita. Ibu jugalah yang bertanggungjawab menjaga kita daripada sebarang bentuk ancaman. Bapa juga memainkan peranan penting kerana bapa bertanggungjawab memberikan nafkah kepada anak-anak seperti duit perbelanjaan, makan, minum dan pakaian.

Oleh yang demikian generasi muda haruslah menghormati ibu bapa yang banyak berjasa kepada kita. Setiap agama melarang kita berbuat jahat dan melawan cakap ibu bapa kerana perbuatan tersebut berdosa besar. Pentingnya menghormati ibu bapa dalam kalangan generasi muda supaya ibu bapa akan berasa gembira dan senang hati dan tidak menyakiti hati ibu bapa yang menyebabkan belajar tidak berkat dan mendapat kemurkaan tuhan.

Generasi muda haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang menjaga kita dari kecil hinggalah dewasa sehingga kita mampu melihat dunia yang indah ini. Apabila ibu bapa sudah tua kelak janganlah hantarkan ke rumah orang-orang tua apabila kita sudah dewasa dan telah bekerja. Kita haruslah menjaga perasaan mereka dengan melayani mereka yang berasa sunyi agar mereka berasa gembira dan senang hati.

Kita haruslah membalas jasa mereka yang telah membesarkan kita dengan memberikan kasih sayang kepada mereka dan menjaga mereka. Pentingnya menghormati ibu bapa kerana apabila kita menjadi anak yang derhaka kesannya anak yang masih belajar tidak akan diberkati, susah untuk mencapai kejayaan dan kerjaya yang diidamkan, hidup tidak diberkati dan paling utama akan mendapat pembalasan tuhan.

Seorang ibu bersusah payah melahirkan kita ke dunia ini dan terpaksa mengambil risiko yang tinggi manakala bapa pula terpaksa bekerja siang dan malam untuk mencari nafkah demi menyara kita.

Oleh yang demikian anak-anak wajiblah menghormati ibu bapa.

PERANAN KERAJAAN UNTUK MENINGKATKAN TARAF HIDUP MASYARAKAT DI LUAR BANDAR


Menyediakan Kemudahan Pendidikan


Menyediakan Keperluan Infrastruktur


Memberikan Subsidi Pertanian


Menyediakan Kemudahan Asas

Setiap orang yang sudah menjadi warganegara Malaysia seharusnya bersyukur kerana kerajaan Malaysia tidak pernah melupakan rakyatnya terutama sekali masyarakat desa demi keharmonian hidup. Ini bersesuaian dengan slogan `1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' yang telah diberikan oleh perdana menteri keenam. Kerajaan telah pun memberikan pelbagai bantuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat desa agar mereka boleh hidup dalam keadaan yang selesa.

Antara peranan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat desa ialah menyediakan subsidi pertanian. Dengan cara itu, kerajaan bolehlah memberikan anak benih secara percuma untuk mempelbagaikan tanaman di Malaysia yang boleh mengurangkan kos import. Racun serangga sewajarnya diberikan pada kadar yang berpatutan untuk mengawal penularan makhluk perosak serta penyakit tanaman. Kualiti tanaman haruslah dipertingkatkan dengan menggalakkan kerajaan menambahkan pengeluaran baja yang tidak berbahaya dan boleh memperbanyak pengeluaran tanaman.

Keperluan infrastruktur mestilah disediakan oleh kerajaan seperti jalan raya. Ini bertujuan memudahkan masyarakat desa melakukan pelbagai urusan. Kerajaan mestilah mewujudkan kemudahan pengangkutan bas serta perhentian bas untuk memudahkan masyarakat desa pergi dan balik bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan persendirian. Kemudahan balai raya mestilah di naik taraf serta ditambahkan jumlahnya untuk membantu masyarakat yang mahu melaksanakan pelbagai aktiviti seperti kenduri

Kemudahan asas seperti hospital atau balai polis mestilah diadakan untuk membantu masyarakat desa yang dalam kesusahan. Dengan cara ini, mereka tidak perlulah bersusah payah pergi ke bandar yang memakan masa yang lama. Kemudahan air dan elektrik mestilah diberikan keada setiap rumah di desa supaya mereka dapat hidup dalam keadaan selesa dan senang. Kerajaan wajiblah menyediakan kemudahan pendidikan seperti sekolah atau universiti agar anak-anak desa mendapat didikan yang secukupnya dan boleh menjadi orang yang berguna kepada negara. Anak-anak desa juga boleh menghindarkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial dan kerja yang tidak berfaedah.

Konklusinya, kemudahan dan keperluan yang disediakan oleh kerajaan wajar dimanfaatkan penduduk desa. Mereka juga seharusnya menghargai kemudahan tersebut sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan. Salah satu sebab mengapa kerajaan beri kemudahan kerana mahu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan memajukan kampung pada zaman millenium ini. Ini membuktikan kerajaan amat prihatin dan tidak pilih kasih. Ini akan menyebabkan penduduk desa boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan penduduk bandar. Mereka juga berhak menikmati kemudahan dan keperluan seperti yang dialami oleh penduduk bandar.

LANGKAH MENGATASI KESESAKAN JALAN RAYA


Kesesakan jalan raya mengundang pelbagai masalah

Kesesakan jalan raya di bandar-bandar utama berpunca daripada sikap pemandu dan tiada kemudahan infrastruktur yang membebankan orang ramai.

Ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menangani kesesakan jalan raya dengan menaikkan cukai import yang hanya boleh dilakukan pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Perhubungan Jalan Raya (JPJ). Tujuannya adalah untuk menurunkan minat membeli kereta persendirian.

Kerajaan mestilah memperketatkan ujian memandu untuk menangani kesesakan jalan raya. Pengusaha pengangkutan awam mestilah meningkatkan mutu pengangkutan awam khas untuk orang yang sudah bekerja ataupun yang masih belajar.

Sikap pemandu yang cuai, leka dan alpa boleh diatasi jika pemandu mengubahkan sikapnya menjadi pemandu yang berhemah tinggi dan bertolak ansur. Pemandu disarankan agar berhati-hati ketika memandu dan cuba elakkan daripada kemalangan kerana kemalangan juga punca kesesakan jalan raya. Kerajaan mestilah menambahkan kemudahan infrastruktur serta menaik taraf jalan bandar dan kenderaan.

Pengguna kereta persendirian digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam seperti bas awam, keretapi, monorel dan teksi untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Bagi para pemandu yang sudah bekerja tidak digalakkan balik pada waktu puncak kerana waktu puncaklah yang menyebabkan kesesakan jalan raya. Pengguna jalan raya mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti mematuhi lampu isyarat dan mematuhi papan tanda yang telah ditetapkan seperti kurangkan kelajuan. Kerajaan mestilah mengenal pasti pengguna kenderaan yang tidak mempunyai lesen kenderaan.

Akhir kata pengguna jalan raya mestilah mempunyai nilai yang positif seperti bertolak ansur dan kerajaan juga memainkan peranan yang tinggi untuk mengatasi kesesakan jalan raya di bandar-bandar utama.

Sunday, December 4, 2011

KELAS 5 SCIENCE 2 (2011)


AKU YANG PENDIAM. DUDUK DI DEPAN. DUA DARI KIRI.

CIRI-CIRI RAKAN YANG BAIK


Rakan baik sentiasa memberikan kata-kata positif kepada kawannya

Setiap orang mempunyai impian untuk mempunyai seorang rakan yang baik kerana mereka dapat membantu kita apabila kita menghadapi musibah.

Antara ciri-ciri seorang rakan yang baik ialah mereka berupaya membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan. Rakan yang baik akan sentiasa memberikan sokongan kepada kita dengan memberikan nasihat kepada kita agar menjadi seorang yang tabah. Di samping itu juga mereka akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang sedang membelenggu diri. Ada juga yang akan meminjamkan sejumlah wang kepada kita jika kita mempunyai masalah kewangan seperti hutang. Rakan yang baik akan sentiasa bersama dengan kita ketika senang atau susah dengan memberikan dorongan untuk menghadapi ujian hidup yang lebih mencabar.

Ciri-ciri seorang rakan yang baik ialah rakan yang sentiasa mempamerkan adab dan akhlak yang mulia untuk dijadikan ikutan kita. Rakan yang baik akan selalu menasihati kita jangan melakukan kesalahan dan menegur orang ke arah kebaikan. Rakan yang baik juga boleh dijadikan tempat meluahkan masalah supaya beban masalah yang ditanggung akan berkurangan.

Apabila kita sakit, mereka akan menziarahi kita untuk bertanyakan khabar dan membincangkan perkara-perkara yang menarik. Mempunyai rakan yang baik dapat membimbing kita ke jalan yang benar agar kita tidak terlibat dalam kancah maksiat. Ia dapat mengajar kita menjadi seorang yang matang, berpendirian tegas, bijak membuat keputusan dan tidak mudah mengaku kalah.

Rakan yang baik tidak akan selalu mengambil kesempatan ke atas kita jika kita mempunyai kelemahan tersendiri, sebaliknya dia akan mengajar kita membaiki kelemahan agar kita tidak ditindas orang yang tidak berhati perut.

Ciri-ciri rakan yang baik akan sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan seperti menolong orang, pergi ke surau atau bersedekah, dan mereka akan melarang kita daripada melakukan kejahatan seperti mencuri, merompak mahupun menipu. Mereka juga sanggup berkorban untuk kita dalam bentuk kewangan, masa dan tenaga demi melihat kita akan bahagia semula.

Rakan yang baik juga pasti tidak akan sanggup melihat kita berada dalam kesusahan. Mereka pasti akan berusaha untuk membantu kita dengan harapan kita tidak akan menderita akibat daripada kesusahan tersebut. Mereka juga akan tetap setia bersama kita dan tidak akan sekali-kali berpaling tadah dengan membuat khianat seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

Rakan yang baik juga akan sentiasa menghormati orang terutama sekali orang tua, ibu bapa dan guru-guru. Rakan yang baik juga akan sentiasa menjaga kebajikan orang dan prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain. Kita hendaklah tengok ciri-ciri rakan yang baik dari segi dalaman bukannya dari segi luaran.

Ciri-ciri rakan yang baik ialah jenis rakan yang tidak angkuh dan bongkak, malah akan mudah mesra apabila berkawan dengan sesiapa serta mudah bertegur sapa. Rakan yang baik juga tidak mudah cepat panas baran apabila diusik dan boleh dibawa bergaul yang disertakan dengan batasannya.

Kesimpulannya, setiap orang harus bijak memilih ciri-ciri seorang rakan yang baik agar kita tidak susah di kemudian hari dan akan memperoleh kesenangan hidup yang berpanjangan.

Thursday, December 1, 2011

PERMAINAN RAKYAT DALAM MASYARAKAT






Antara permainan rakyat yang digemari oleh masyarakat di negara kita khususnya masyarakat Melayu ialah terompah gergasi, membawa telur di dalam sudu, mengisi air di dalam botol, dan menganyam ketupat.

Sebenarnya permainan rakyat adalah permainan yang menyeronokkan serta menghiburkan hati. Permainan ini dapat mengurangkan tekanan bagi orang yang sudah mempunyai pekerjaan ataupun pelajar sekolah.

Tidak dapat dinafikan peraturan permainan dapat membentuk pemain agar mematuhi undang-undang yang dipersetujui bersama. Permainan ini dapat mendisiplinkan kita dan tidak bermain kotor.

Apabila beberapa individu membentuk permainan berkumpulan, kita akan dapat membentuk masyarakat yang bertolak ansur dan bekerjasama. Dengan ini perpaduan akan terbentuk. Apabila kita berkerjasama, kemungkinan kumpulan tersebut akan menang dengan serta merta.

Permainan rakyat adalah budaya turun temurun yang diturunkan oleh moyang-moyang kita yang hidup sebelum merdeka. Permainan rakyat pasti akan berkekalan dan tidak akan pupus dimakan zaman jika masih ada segolongan yang mengingati permainan rakyat.

Permainan ini perlulah dikekalkan supaya nilai murni bangsa kita dapat diketengahkan oleh generasi muda agar nilai itu `tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.’

Sunday, July 17, 2011

AZAB SEKSA BAGI PENGUMPAT


Orang yang mengumpat dimurkai Allah

Ali Hassan bin Ali r.a. meriwayatkan bahawa Rasullulah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa selama dalam umurnya mengumpat sekali sahaja, maka Allah akan menyeksanya dengan sepuluh macam seksaan.

1) Dia menjadi jauh dari rahmat Tuhan.

2) Malaikat memutuskan persahabatan dengan dia ( tidak mahu menhampirinya )

3) Dicabut rohnya dengan kesakitan yang amat sangat.

4) Dia menjadi dekat dengan neraka.

5) Dia menjadi jauh dari syurga.

6) Sangat dahsyat seksaan kubur terhadapnya

7) Amal baiknya dihapuskan

8) Roh Nabi Muhammad S.A.W. berasa sakit kerana dia

9) Allah murka terhadapnya

10) Dia akan menjadi orang yang muflis ditimbang amal kebajikannya pada hari kiamat."

Saturday, July 16, 2011

EDARAN KESIHATAN (PSS)

HILANGKAN PIGMENTASI CARA MUDAH


Pigmentasi/tompok hitam pada muka..

Tompok hitam pada muka sering dialami wanita. Cara mudah mengatasinya, parut timun sehingga hancur dan campurkan dengan tepung jagung. Apabila sebati, lumur pada wajah sehingga kering. Lakukan tiap-tiap pagi. Selain menghilangkan tompok-tompok hitam, ia juga dapat menghaluskan kulit muka dan menghindarkan jerawat..


PENAWAR KENCING TIDAK LAWAS


Batu karang..

Bagi sesiapa yang menderita kencing tidak lawas, kisar tiga biji lobak putih dicampurkan segenggam batang kangkung bersama-sama akarnya direbus sekali. Selepas ia suam, amalkan minum air itu. Sekiranya seseorang itu baru hendak mendapat penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang..


ELAK HANYA MAKAN SAYUR


Sayur-sayuran..

Menurut kajian daripada universiti di Amerika Syarikat, pengamal makan sayur-sayuran lebih berisiko mendapat makanan tidak seimbang dan emosi tidak menentu kerana kekurangan dalam diet harian mereka. Biarpun ramai mengamal makan sayur-sayuran untuk meningkatkan tahap kesihatan, diet mereka kekurangan karbohidrat dan protein yang boleh menganggu kadar serotonin, sejenis hormon bertindak mengawal emosi dan penting untuk merangsang perasaan optimis. Kekurangan serotonin juga menyebabkan kemurungan..


ANCAM BUAH PINGGANG


Kekacang..

Kekacang tidak wajar dinikmati selalu walaupun ia menyumbangkan banyak khasiat kepada pengambilnya. Kacang tidak menggemukkan. Tapi bagi kanak-kanak yang makan berlebihan, ia boleh membebankan buah pinggang. Secara tidak langsung keadaan ini mendedahkan kepada risiko kegagalan buah pinggang. Selain itu, kurangkan pengambilan kacang yang masin akibat dicampurkan banyak garam. Walaupun membekalkan tenaga, garam tersebut boleh mengundang bahaya..

Wednesday, July 13, 2011

PENGALAMAN MENARIK KETIKA BERKHEMAH DI SUNGAI CHILLING


Di tempat inilah aku dan kawan-kawan bermandi-manda


Pada tahun 2009, saya bersama-sama dengan rakan saya telah mengikuti aktiviti perkhemahan yang bertempat di Sungai Chilling, Kuala Kubu Baru. Tujuan kami semua terlibat dalam aktiviti perkhemahan kerana kami semua mahu berseronok dan mahu mengalami pengalaman yang menarik ketika berada di sana.

Kami semua menaiki bas sekolah pada pukul 7.30 pagi, perjalanan ke tapak perkhemahan kami mengambil masa selama dua jam. Setelah kami sampai ke destinasi yang hendak dituju, keadaan pada waktu itu hujan lebat, ditambah lagi dengan suasana gelap, kami telah pun mengeluarkan barang-barang kami di dalam perut bas. Saya dan kawan-kawan saya telah berpakat untuk turun ke bawah bersuluhkan `torchlight'. Jalan untuk turun ke sana amatlah licin. Setelah sampai di tapak perkhemahan kami, kami segera memasangkan khemah kerana hujan belum berhenti, sehinggalah kami tertidur.

Keesokan harinya, kami bangun pagi untuk bersembahyang subuh dan mandi di sungai. Air sungai itu sangat jernih dan teramatlah sejuknya sehingga kami menggigil kesejukan. Selepas itu kami telah diarahkan untuk berjogging. Semasa berjogging kami banyak melihat pemandangan yang menarik. Pokoknya sangat besar dan menjalar sehinggakan cahaya matahari tidak boleh menembusi masuk. Kami juga melihat spesis haiwan yang menarik yang bebas berkeliaran di dalam hutan. Selain itu terdapat juga spesis bunga dan pokok yang jarang dijumpai di bandar. Kami telah melalui jambatan gantung. Ada juga antara mereka yang gayat sehingga muntah-muntah. Setelah melalui jambatan gantung, akhirnya kami sampai di kawasan air terjun. Air terjun yang mencurah ke bawah ditambah pula dengan sinaran matahari menyebabkan air terjun itu berkilauan sehingga menarik minat semua orang untuk melihatnya. Kami semua mandi-manda di situ sehingga dua jam kerana tidak puas bermain air. Ada juga di antara kami yang membuat gaya kuak lentang.

Setelah itu kami semua balik ke tapak perkhemahan kami untuk menyediakan makanan. Setelah kami sampai ke tapak perkhemahan, kami segera menyiapkan makanan tanpa menggunakan peralatan moden. Selesai makan, kami menunggu pula waktu malam kerana tidak sabar menunggu aktiviti `night tracking’. Apabila malam menjelma kami terus sembahyang Maghrib dan Isyak dan bersiap untuk aktiviti `night tracking’ setelah selesai makan malam. Apabila aktiviti `night tracking’ bermula kami berjalan dalam kumpulan kerana dikhuatiri sesat jalan. Kami berjalan pada waktu malam tidak berbekalkan lampu suluh bersama-sama dengan cikgu yang lain. Kami melalui denai yang sempit serta berlopak. Kami juga terpaksa meredah belukar untuk meneruskan perjalanan. Kadang kala kami terdengar juga bunyi salakan anjing dari perkampungan orang asli sehingga meremang bulu roma kami dibuatnya. Kami juga hampir-hampir tersesat semasa berjalan. Oleh itu kami terpaksa memegang tangan ahli kumpulan kami supaya saya dan kawan-kawan saya tidak melencong ke tempat lain. Akhirnya sampai juga kami di tapak perkhemahan kami yang telah dipimpin oleh guru kami. Setelah itu kami semua bersiap-siap untuk tidur kerana terlalu penat akibat daripada aktiviti `night tracking’ yang memakan masa selama satu jam.

Esok harinya kami bersiap-siap untuk balik ke tempat asal kami. Setelah habis mandi semua dan sembahyang subuh. Walaupun sedikit kepenatan setelah sampai di rumah, tetapi saya berasa sangat seronok kerana berpeluang mengalami pengalaman yang menarik ini.

KELAS 4 SCIENCE (2010)


AKU YANG PELIK. BERDIRI DI BELAKANG. ENAM DARI KIRI.