Tuesday, December 13, 2011

KEPENTINGAN MENGHORMATI IBU BAPA



Setiap anak wajiblah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang menjaga kita dari bayi sehinggalah dewasa serta menjaga makan, minum, pakaian dan menjaga keselamatan kita.

Anak-anak wajiblah menghormati ibu bapa kerana ibulah yang melahirkan kita. Ibu jugalah yang bertanggungjawab menjaga kita daripada sebarang bentuk ancaman. Bapa juga memainkan peranan penting kerana bapa bertanggungjawab memberikan nafkah kepada anak-anak seperti duit perbelanjaan, makan, minum dan pakaian.

Oleh yang demikian generasi muda haruslah menghormati ibu bapa yang banyak berjasa kepada kita. Setiap agama melarang kita berbuat jahat dan melawan cakap ibu bapa kerana perbuatan tersebut berdosa besar. Pentingnya menghormati ibu bapa dalam kalangan generasi muda supaya ibu bapa akan berasa gembira dan senang hati dan tidak menyakiti hati ibu bapa yang menyebabkan belajar tidak berkat dan mendapat kemurkaan tuhan.

Generasi muda haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang menjaga kita dari kecil hinggalah dewasa sehingga kita mampu melihat dunia yang indah ini. Apabila ibu bapa sudah tua kelak janganlah hantarkan ke rumah orang-orang tua apabila kita sudah dewasa dan telah bekerja. Kita haruslah menjaga perasaan mereka dengan melayani mereka yang berasa sunyi agar mereka berasa gembira dan senang hati.

Kita haruslah membalas jasa mereka yang telah membesarkan kita dengan memberikan kasih sayang kepada mereka dan menjaga mereka. Pentingnya menghormati ibu bapa kerana apabila kita menjadi anak yang derhaka kesannya anak yang masih belajar tidak akan diberkati, susah untuk mencapai kejayaan dan kerjaya yang diidamkan, hidup tidak diberkati dan paling utama akan mendapat pembalasan tuhan.

Seorang ibu bersusah payah melahirkan kita ke dunia ini dan terpaksa mengambil risiko yang tinggi manakala bapa pula terpaksa bekerja siang dan malam untuk mencari nafkah demi menyara kita.

Oleh yang demikian anak-anak wajiblah menghormati ibu bapa.

No comments:

Post a Comment