Tuesday, December 13, 2011

PERANAN KERAJAAN UNTUK MENINGKATKAN TARAF HIDUP MASYARAKAT DI LUAR BANDAR


Menyediakan Kemudahan Pendidikan


Menyediakan Keperluan Infrastruktur


Memberikan Subsidi Pertanian


Menyediakan Kemudahan Asas

Setiap orang yang sudah menjadi warganegara Malaysia seharusnya bersyukur kerana kerajaan Malaysia tidak pernah melupakan rakyatnya terutama sekali masyarakat desa demi keharmonian hidup. Ini bersesuaian dengan slogan `1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' yang telah diberikan oleh perdana menteri keenam. Kerajaan telah pun memberikan pelbagai bantuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat desa agar mereka boleh hidup dalam keadaan yang selesa.

Antara peranan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat desa ialah menyediakan subsidi pertanian. Dengan cara itu, kerajaan bolehlah memberikan anak benih secara percuma untuk mempelbagaikan tanaman di Malaysia yang boleh mengurangkan kos import. Racun serangga sewajarnya diberikan pada kadar yang berpatutan untuk mengawal penularan makhluk perosak serta penyakit tanaman. Kualiti tanaman haruslah dipertingkatkan dengan menggalakkan kerajaan menambahkan pengeluaran baja yang tidak berbahaya dan boleh memperbanyak pengeluaran tanaman.

Keperluan infrastruktur mestilah disediakan oleh kerajaan seperti jalan raya. Ini bertujuan memudahkan masyarakat desa melakukan pelbagai urusan. Kerajaan mestilah mewujudkan kemudahan pengangkutan bas serta perhentian bas untuk memudahkan masyarakat desa pergi dan balik bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan persendirian. Kemudahan balai raya mestilah di naik taraf serta ditambahkan jumlahnya untuk membantu masyarakat yang mahu melaksanakan pelbagai aktiviti seperti kenduri

Kemudahan asas seperti hospital atau balai polis mestilah diadakan untuk membantu masyarakat desa yang dalam kesusahan. Dengan cara ini, mereka tidak perlulah bersusah payah pergi ke bandar yang memakan masa yang lama. Kemudahan air dan elektrik mestilah diberikan keada setiap rumah di desa supaya mereka dapat hidup dalam keadaan selesa dan senang. Kerajaan wajiblah menyediakan kemudahan pendidikan seperti sekolah atau universiti agar anak-anak desa mendapat didikan yang secukupnya dan boleh menjadi orang yang berguna kepada negara. Anak-anak desa juga boleh menghindarkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial dan kerja yang tidak berfaedah.

Konklusinya, kemudahan dan keperluan yang disediakan oleh kerajaan wajar dimanfaatkan penduduk desa. Mereka juga seharusnya menghargai kemudahan tersebut sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan. Salah satu sebab mengapa kerajaan beri kemudahan kerana mahu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan memajukan kampung pada zaman millenium ini. Ini membuktikan kerajaan amat prihatin dan tidak pilih kasih. Ini akan menyebabkan penduduk desa boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan penduduk bandar. Mereka juga berhak menikmati kemudahan dan keperluan seperti yang dialami oleh penduduk bandar.

No comments:

Post a Comment