Wednesday, July 13, 2011

PENGALAMAN MENARIK KETIKA BERKHEMAH DI SUNGAI CHILLING


Di tempat inilah aku dan kawan-kawan bermandi-manda


Pada tahun 2009, saya bersama-sama dengan rakan saya telah mengikuti aktiviti perkhemahan yang bertempat di Sungai Chilling, Kuala Kubu Baru. Tujuan kami semua terlibat dalam aktiviti perkhemahan kerana kami semua mahu berseronok dan mahu mengalami pengalaman yang menarik ketika berada di sana.

Kami semua menaiki bas sekolah pada pukul 7.30 pagi, perjalanan ke tapak perkhemahan kami mengambil masa selama dua jam. Setelah kami sampai ke destinasi yang hendak dituju, keadaan pada waktu itu hujan lebat, ditambah lagi dengan suasana gelap, kami telah pun mengeluarkan barang-barang kami di dalam perut bas. Saya dan kawan-kawan saya telah berpakat untuk turun ke bawah bersuluhkan `torchlight'. Jalan untuk turun ke sana amatlah licin. Setelah sampai di tapak perkhemahan kami, kami segera memasangkan khemah kerana hujan belum berhenti, sehinggalah kami tertidur.

Keesokan harinya, kami bangun pagi untuk bersembahyang subuh dan mandi di sungai. Air sungai itu sangat jernih dan teramatlah sejuknya sehingga kami menggigil kesejukan. Selepas itu kami telah diarahkan untuk berjogging. Semasa berjogging kami banyak melihat pemandangan yang menarik. Pokoknya sangat besar dan menjalar sehinggakan cahaya matahari tidak boleh menembusi masuk. Kami juga melihat spesis haiwan yang menarik yang bebas berkeliaran di dalam hutan. Selain itu terdapat juga spesis bunga dan pokok yang jarang dijumpai di bandar. Kami telah melalui jambatan gantung. Ada juga antara mereka yang gayat sehingga muntah-muntah. Setelah melalui jambatan gantung, akhirnya kami sampai di kawasan air terjun. Air terjun yang mencurah ke bawah ditambah pula dengan sinaran matahari menyebabkan air terjun itu berkilauan sehingga menarik minat semua orang untuk melihatnya. Kami semua mandi-manda di situ sehingga dua jam kerana tidak puas bermain air. Ada juga di antara kami yang membuat gaya kuak lentang.

Setelah itu kami semua balik ke tapak perkhemahan kami untuk menyediakan makanan. Setelah kami sampai ke tapak perkhemahan, kami segera menyiapkan makanan tanpa menggunakan peralatan moden. Selesai makan, kami menunggu pula waktu malam kerana tidak sabar menunggu aktiviti `night tracking’. Apabila malam menjelma kami terus sembahyang Maghrib dan Isyak dan bersiap untuk aktiviti `night tracking’ setelah selesai makan malam. Apabila aktiviti `night tracking’ bermula kami berjalan dalam kumpulan kerana dikhuatiri sesat jalan. Kami berjalan pada waktu malam tidak berbekalkan lampu suluh bersama-sama dengan cikgu yang lain. Kami melalui denai yang sempit serta berlopak. Kami juga terpaksa meredah belukar untuk meneruskan perjalanan. Kadang kala kami terdengar juga bunyi salakan anjing dari perkampungan orang asli sehingga meremang bulu roma kami dibuatnya. Kami juga hampir-hampir tersesat semasa berjalan. Oleh itu kami terpaksa memegang tangan ahli kumpulan kami supaya saya dan kawan-kawan saya tidak melencong ke tempat lain. Akhirnya sampai juga kami di tapak perkhemahan kami yang telah dipimpin oleh guru kami. Setelah itu kami semua bersiap-siap untuk tidur kerana terlalu penat akibat daripada aktiviti `night tracking’ yang memakan masa selama satu jam.

Esok harinya kami bersiap-siap untuk balik ke tempat asal kami. Setelah habis mandi semua dan sembahyang subuh. Walaupun sedikit kepenatan setelah sampai di rumah, tetapi saya berasa sangat seronok kerana berpeluang mengalami pengalaman yang menarik ini.

1 comment: