Thursday, December 15, 2011

KARYAKU 2 (SURAT TIDAK RASMI)

Taman West Country
43000 Kajang
Selangor

9 Julai 2008

Menemui sahabatku mamat yang diingati selalu.
Apa khabar saudara di sana? Semoga berada dalam keadaan sihat.

Saudara,
Saya mendapat tahu daripada kawan-kawan yang saudara terlibat dalam aktiviti lumba haram. Mengapa saudara menyertai aktiviti tersebut? Saudara sendiri tahu yang aktiviti lumba haram tersebut mempunyai banyak kesan negatif. Aktiviti tersebut boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Saudara juga mengetahui kegiatan yang saudara lakukan itu juga boleh mengganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan saudara dan orang lain.

Saudara sendiri tahu yang kegiatan tersebut menyalahi undang-undang. Jika saudara tertangkap atau ditangkap sudah pasti saudara akan disaman atau dipenjara kesannya akan memalukan saudara sendiri, ibu bapa serta kaum kerabat. Bukankah itu menyusahkan diri sendiri. Saya berharap agar saudara kembali ke pangkal jalan sebelum nasi menjadi bubur.

Saya yakin yang saudara sendiri tahu, saudara telah tidak hadir ke sekolah selama seminggu akibat melibatkan diri dalam gejala sosial tersebut. Rakan-rakan dan guru-guru sendiri tertanya-tanya di mana saudara sekarang? Saudara juga telah banyak ketinggalan dalam pelajaran. Saya yakin yang pihak sekolah telah mengeluarkan surat amaran untuk diberikan kepada ibu bapa.

Oleh itu saya amat berharap agar saudara dapat hadir ke sekolah seperti sedia kala supaya saudara tidak ketinggalan banyak mata pelajaran dan tidak dikenakan tindakan seperti dibuang sekolah akibat kesalahan saudara sendiri. Kami berharap saudara tidak lagi melibatkan diri dalam aktiviti lumba motosikal haram memandangkan PMR semakin hampir.

Nampaknya sampai sini sahajalah surat saya untuk kali ini. Terimalah salam rindu dari saya.
Wassalam.

Yang benar,
...........


p/s : patut nyer alamat, tarikh n tandatangan kt belah kanan, bukannya di belah kiri.. tu bru la format yg btul.. aq pon dh bnyk kali cuba nk letak belah kanan tapi x bole gak... aq pon x tau nk wat camne agi dh... so aq biarkn je la... janji bole faham sudah..

No comments:

Post a Comment