BERPOLITIK BIAR MENGUNTUNGKAN ISLAM
1. Apabila Anwar berpolitik, mesti ada sesuatu yang beliau ingin dapatkan. Apabila Muhyiddin berpolitik, pasti ada sesuatu yang beliau sasarkan. Begitu juga apabila TG Haji Hadi berpolitik, sudah mesti ada sebab dan musababnya.
2. Apa pula tujuan kita berpolitik? Di sana ribuan cybertrooper menulis, mengrafik, mengomen, menviral segala jenis 'peluru' di alam siber. Sebahagian besarnya berjuang secara sukarela, tanpa imbuhan tanpa pulangan. Namun pastinya ada sesuatu yang menjadi dorongan.
3. Kita Islam tetapi duduk di dalam kelompok yang berasingan. Ada yang selesa dalam UMNO yang sejarah penguasaannya dianggap gemilang. Ada dalam PKR kerana yakin Anwar akan jadi PM dengan pelbagai keterbukaan.
4. Yang menyokong dan duduk dalam PAS pula hendak melihat Islam didaulatkan. Yang bersama PAN tentunya bermetoskan DAP lebih Islam dari PAS yang dianggap penunggang.
5. Berpolitik ini, kalau silap cara, banyak dosa dari pahala. Bukan kerana politik itu kotor seperti yang dimomokkan oleh muslim yang tak memahami anutannya. Yang kalian kata kotor adalah pelaku yang ketandusan akal dan budinya. Jangan pakai borong sehingga mencampuradukkan antara yang hak dan yang batil.
6. Perjuangan yang benar tetap benar. Jikapun kalah, namun tetap menang di sisi Allah. Perjuangan yang batil tetap batil. Kita mesti Bersama dengan perjuangan yang benar itu. Yang hak dan batil tidaklah terlalu subjektif untuk dinilai. Garis panduannya tersurat dan tersirat dalam al-Quran dan as-Sunnah. Hanya syaitan dan iblis yang memperdayakan pandangan menjadi punah.
7. Sesungguhnya berpolitik biarlah menguntungkan Islam. Kalau tidak, lebih baik berehat dan fokus kepada urusan kerja dan keluarga sahaja. Buat apa bersusah payah kalau tidak dilakukan sebagai tuntutan Islami? Buat apa bersengkang mata, menghabiskan masa, memerah tenaga dan minda sedangkan Islam tidak untung sedikit pun dengan usaha kita.
8. Nilailah kerja politik masing-masing. Kalian bermesyuarat dan berpidato adakah isi dan tindaknya menguntungkan Islam? Kalian menulis, mengomen di lapangan nyata atau di alam siber, isi dan poinnya adakah motifnya untuk menguntungkan Islam?
9. Kalian berpolitik tidak akan menguntungkan Islam, kalau sekadar mencari kepuasan peribadi, harta, pangkat dan jawatan. Politik tidak akan menguntungkan Islam kalau bersekongkol dengan proksi Yahudi. Berpolitik yang tidak menguntungkan Islam hanyalah politik yang sia-sia. Di dalamnya terisi matlamat keduniaan, fitnah, carut maki, khianat dengki, tipu dan caci.
10. Terpulanglah kepada kalian. Aku cuma mengingatkan. Bersama-samalah dengan politik yang hak. Kita ada Nabi. Sirah Baginda s.a.w. perlu diikuti. Berpolitik ini hitungannya selepas mati. Bekalan amalan yang murni. Kita Islam. Dengan politik kafirin dan munafikin, pastikan ada perbezaan.
#NekadBersamaIslam
#BerpolitikBiarMenguntungkanIslam
#MAMPUCentre
BayangDiAir,
15/8/2021
No comments:
Post a Comment