Tuesday, February 1, 2022

*ADEGAN MENARIK UNTUK TATAPAN BANGSAKU*

https://www.facebook.com/106531021686766/posts/114797077526827/?sfnsn=mo

*ADEGAN MENARIK UNTUK TATAPAN BANGSAKU*

1. Semalam rakyat di seluruh negara dapat lihat dengan mata sendiri, video yang tular bagaimana sikap pemimpin-pemimpin sebuah parti yang tak perlu pun diperkenalkan lagi sifat kurang ajar terhadap pribumi. Mahkamah telah membuat keputusan berlaku pencerobohan tanah secara haram di Raub, Pahang.  Tapi apa yang mereka perjuangkan seolah-olah mempertahankan perbuatan yang salah di segi undang-undang. Bukan kerana apa. Tetapi kerana penyokong yang sebangsa dengan mereka. Kerana penyokong yang sealiran dengan isme mereka. 
 
2. Kurang ajar. Tiada sekelumit rasa hormat kepada pihak berkuasa yang menjalankan undang-undang. Tak tahulah apa jadi kalau PH masih memerintah pada hari ini. Di SJR, mereka bagai mencabar pihak polis. Mereka rentas negeri, disekat oleh pegawai polis mereka sedikit tidak peduli.  Mereka tunjukkan sikap ala-komunis yang bengis. Di dalam hutan, FRU terpaksa dikerah mari. Tanpa FRU, entah apa lagi yang akan terjadi? 

3. Ingat Chin Peng? Ingat komunis? Anak-anak muda tanyalah datuk nenek jika mereka masih hidup pada hari ini. Netizen belek-beleklah apa itu komunis di dalam catatan sejarah. Buka Google, siapa mereka yang menyebabkan pakcik tua kudung kakinya. Siapa mereka yang menyebabkan datuk kita terkorban dan terseksa hidupnya. Amat  trajis apabila ada anak gadis kita diperkosa. Bongkarlah sejarah ini, mana tahu ada persamaan watak dengan para sial hari ini.

4. Apabila PH berkuasa, kita dapat saksikan watak sebenar mereka. Benar PM ketika itu Melayu namanya Mahthir. Benar ketika itu Melayu, namanya Anwar. Benar ketika itu Melayu, namanya Mat Sabu. Tetapi di belakangnya, merekalah yang skrew Melayu. Juga mereka gunakan Melayu untuk skrew sama-sama Melayu. Melayuku, lupakah sejarah yang baru 2 tahun berlalu?

5. Mengapa hari ini mereka begitu kurang ajar terhadap pegawai-pegawai Melayu yang berkhidmat untuk negara? Inilah padahnya apabila kita duduk bergaduh sesama kita. Inilah majalnya apabila mereka berjaya membaruakan sebahagian bangsa kita. Bangsa kita sendiri yang berhabisan untuk tumbangkan kerajaan PN yang Melayu adalah majoriti. Konon untuk naikkan Anwar. Konon simpati pada Najib. Konon sayangkan Zahid Hamidi. Konon nak kembalikan  kuasa kepada Mat Sabu. Tetapi, sebenarnya siapa akan menentukan nasib bangsa ini jika kerajaan dominasi Melayu sekali lagi ditumbangkan? Sukarkah sangat untuk bangsaku fikirkan??? 

#NekadBersamaIslam
#BerpolitikBiarMenguntungkanIslam
#MAMPUCentre

BayangDiAir,
6/7/2021

No comments:

Post a Comment