*■ ALKISAH KELUARGA KOMUNIS.*
*□ Lim Kit Siang ialah bapa Lim Guan Eng. Pasti semua tahu akan fakta ini. Tapi dalam kalangan orang muda di Malaysia, masih ramai yang tidak tahu susur galur keluarga ini dan cita-cita politik mereka.*
*□ Misalnya, masih ramai yang tidak tahu fakta bahawa Lim Kit Siang ialah sepupu Chin Peng, bekas ketua komunis paling kejam dalam sejarah kemerdekaan negara.*
□ Walaupun Chin Peng pernah menerima anugerah Order of the British Empire (OBE) kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Tanah Melayu suatu ketika dahulu, namun lelaki komunis ini juga sebenarnya amat kejam dan bercita-cita besar untuk memerintah negara ini berlandaskan ideologi komunisme.
□ Meskipun tidak kesampaian, hakikatnya aspirasi Chin Peng tidak pernah terpadam malah diteruskan pula oleh Lim Kit Siang melalui pentas demokrasi yang ditinggalkan oleh British. Kedua-duanya, dan seorang lagi sepupu mereka iaitu Lee Kuan Yew, tetap bersemangat untuk menguasai tanah orang Melayu ini walau dengan apa-apa jua cara dan kaedah sekali pun.
□ Legasi Chin Peng – Lim Kit Siang – Lee Kuan Yew juga tidak pernah terputus. Selain Lim Guan Eng yang kini sedang memainkan peranan penting untuk menjayakan cita-cita komunis itu, mereka turut berjaya melahirkan sejumlah individu lain yang berpengaruh serta memegang posisi penting baik dalam parti-parti pembangkang mahupun sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat.
□ Untuk rekod, Ahli Parlimen Batu (PKR) Tony Pua ialah anak saudara kandung Lee Kuan Yew sementara Ahli Parlimen Siputeh (DAP), Teresa Kok pula ialah sepupu isteri Lim Kit Siang. Kedua-duanya kini ialah pemimpin penting yang giat menjalankan agenda Tawan Malaysia.
□ Chin Peng yang meninggal dunia pada 16 September 2013 di sebuah hospital di Bangkok turut mempunyai beberapa orang anak saudara yang boleh dianggap sebagai ahli politik yang berjaya di Malaysia iaitu Anthony Loke (Ahli Parlimen Seremban merangkap Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP), Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Taiping merangkap Penolong Bendahari Kebangsaan DAP) dan Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen Beruas merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP).
□ Maka tidak hairanlah DAP begitu komited dan tidak pernah mengendurkan gerakan mereka dalam usaha menawan Malaysia sebagaimana Lee Kuan Yew berjaya menawan Singapura daripada kekuasaan orang Melayu.
#Noted :Usaha dan gerakerja DAP juga menjadi semakin mudah apabila orang Melayu sendiri turut menyokong parti tersebut, baik sebagai ahli atau melalui kerjasama politik seperti yang berlaku dalam Pakatan Harapan ketika ini.
#deleaks
#infoselangor
최고의 메이져 검증된놀이터 검증된 그곳 접속하세요
ReplyDelete