Tuesday, October 19, 2021

Hikmah Kekalahan Dominasi Melayu Pada PRU14

Kekalahan BN yg didominasi UMNO pd PRU14 telah meninggalkan kesan yg sangat mendalam kepada orang melayu. 

2. Implikasi besar telah menimpa bangsa melayu akibat kekalahan BN pd PRU14 yg lepas antaranya hak-hak orang melayu mula dicabar, agama islam mula dihina, raja-raja melayu turut dihina dan terdapat pembunuhan orang melayu spt Muhammad Adib yg tidak dibila sehingga sekarang.

3. Akibatnya orang melayu mula bersatu. UMNO dan PAS serta NGO islam yang lain telah menggerakkan kepakaran masing-masing dan akhirnya diterjemahkan dlm perhimpunan anti-ICERD yg telah berjaya menghimpunkan lebih sejuta umat melayu di Kuala Lumpur. Ini merupakan titik permulaan kepada bukti bahawa orang melayu boleh bersatu apabila diancam. Melayu dan bumiputera terus membuktikan bahawa mereka rindukan perpaduan dgn membuktikan pada PRK Cameron Highland dgn kemenangan bergaya org  islam di PRK tersebut. Mood perpaduan ini akan diteruskan di PRK Semenyih dan bau-bau kemenangan BN sudah mula dihidu oleh PH dan mereka secara agresif menyerang PAS pula bg menggagalkan kemenangan BN di Semenyih. Kenapa PAS yg diserang dan bukannya UMNO. Sebabnya UMNO sudah immune dr serangan PH dan mereka melihat PAS yg boleh dilemahkan sekarang. Kaedah yg sama mereka gunakan semasa menyerang Najib dulu apabila serangan tidak berkesan ke atas Najib maka serangan dialihkan kepada Rosmah utk dijadikan serangan yg mudah.

4. Menurut prof Kamarulzaman sekiranya  UMNO dan PAS sudah bekerjasama pada PRU14 yg lepas sekurang-kurangnya 29 kerusi parlimen bakal di menangi oleh UMNO atau PAS. Sekiranya ini berlaku maka PH tidak mampu ke Putrajaya. Mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan BN tersebut kerana UMNO dan PAS sudah bertaut kembali atas nama islam dan bangsa. Dengan kerjasama PAS dan UMNO ini mampu merampas 29 kerusi parlimen jika 1 vs 1 antara UMNO/PAS dgn PH. UMNO/PAS juga boleh bertanding di sekurang-kurangnya 22 kerusi parlimen yg majoriti melayu melebihi 50% yg mana MCA dan MIC tidak mampu menandingi PH. Peluang UMNO dan PAS adalah cerah untuk merampas kerusi tersebut jika 90% orang melayu menyokong UMNO dan PAS. Ini tidak termasuk lagi pengundi-pengundi muda melayu yg belum mendaftar menjadi pengundi. Jika ini diambil kira maka UMNO dan PAS bakal menerajui Putrajaya pada PRU15 nanti.

5. Jika dirujuk website undi.info jika tiada UMNO dan PAS lawan PH secara 1 vs 1 maka beberapa negeri spt Kedah, Perak, N9, Selangor, Melaka dan Johor akan dikuasai oleh orang melayu semula.

6. Dengan mengambil semangat perpaduan bangsa melayu ini dengan sedikit usaha dan sedikit tuntutan maka terdapat berpuluh ADUN di seluruh negara yg mempunyai 50% lebih org melayu yg sebelum ini diberikan kepada MCA dan MIC boleh dirampas semula jika UMNO atau PAS yg bertanding. Anak muda melayu yg berjumlah berjuta jiwa dan masih belum mendaftar sbg pengundi boleh mendaftar di kawasan majoriti melayu yg berjumlah 40%. Sekiranya anak muda fokus di kawasan-kawasan tersebut maka terdapat berpuluh lagi kawasan majoriti melayu akan wujud dlm ADUN dan Parlimen di seluruh negara.

7. Kepada anak muda melayu yg sudah sedar yg mata kaca dan mana permata. Dengan mengambil semangat "apa malu bossku" berkempen lah dr sekarang supaya anak muda melayu yg belum mendaftar sbg pengundi utk mendaftar sbg pengundi. Rujuk la website undi.info supaya boleh memberi fokus kpd kawasan majoriti melayu 40% supaya dgn pendaftaran beramai-ramai anak muda melayu akan menambah lagi kwsn majoriti melayu.

8. Sekiranya UMNO dan PAS menguasai Putrajaya nanti, percayalah bahawa gandingan UMNO dan PAS merupakan gandingan yg ideal yg boleh menjanjikan keseimbangan dunia dan akhirat kpd anak muda. Apa yg generasi kami perjuangkan adalah untuk anak muda melayu sambung lagi dgn lebih gemilang supaya peradaban islam yg dipelopori bangsa melayu menjadi gemilang di alam nusantara ini.

Sekian

Viralkam kpd grup anak muda melayu demi peradaban bangsa pd masa akan dtg.

No comments:

Post a Comment