Wednesday, November 3, 2010

SEBAB-SEBAB AMALAN ZIARAH PADA MUSIM PERAYAAN WAJAR DITERUSKAN



SETIAP NEGARA MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS PERAYAAN SEPERTI HARI RAYA PUASA, TAHUN BARU CINA ATAUPUN DEPAVALI. OLEH ITU CUTI UMUM SUDAH DIPERKENALKAN DENGAN HARAPAN KITA BERPELUANG BALIK KAMPUNG DI NEGERI ASAL KITA DENGAN TUJUAN MENZIARAHI SAUDARA MARA YANG SUDAH LAMA TIDAK BERJUMPA.

TUJUAN KITA MENZIARAHI ORANG TERUTAMA SEKALI PADA MUSIM PERAYAAN SUPAYA KITA DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM. DENGAN MENZIARAHI KITA AKAN DAPAT KAWAN BARU SEKALIGUS AKAN MENAMBAHKAN KENALAN KITA. SELAIN ITU, KITA JUGA DIGALAKKAN MENZIARAHI JIRAN KITA UNTUK MENGERATKAN PERHUBUNGAN ANTARA JIRAN. IBU BAPA HARUSLAH MENGALAKKAN ANAK-ANAKNYA MENZIARAHI SAUDARA MARA SUPAYA ANAK-ANAK TIDAK PUTUS HUBUNGAN. KITA JUGA BERPELUANG MENGENALI KETURUNAN KITA DENGAN MENGENALPASTI MANA SATU SEPUPU, BAPA SAUDARA ATAU NENEK. AMALAN MENZIARAHI KUBUR MESTILAH DISEMAI AGAR KITA AKAN BERASA INSAF SUPAYA KITA SEDAR YANG HIDUP DI DUNIA HANYA SEKEJAP SAHAJA.

KESIMPULANNYA, AMALAN MENZIARAHI DI MUSIM PERAYAAN MESTILAH DITERUSKAN SUPAYA SEMANGAT PERPADUAN DAPAT DIPUPUK DAN KITA AKAN HIDUP AMAN DAN HARMONI.

No comments:

Post a Comment