Wednesday, November 3, 2010
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN TELEFON BIMBIT DILARANG PENGGUNAANNYA DI SEKOLAH
TELEFON BIMBIT PADA ZAMAN SEKARANG BUKAN LAGI BARANGAN MEWAH KERANA ORANG RAMAI SUDAH MAMPU MEMBELI TELEFON BIMBIT YANG MAHAL-MAHAL. TELEFON BIMBIT JUGA MERUPAKAN KEPERLUAN SAMA KERANA BOLEH MENGHUBUNGKAN KITA DARI JARAK JAUH. DI SAMPING ITU JUGA BARANGAN TERSEBUT BOLEH MEMBANTU KITA APABILA KECEMASAN SEPERTI KEMALANGAN ATAUPUN KEJADIAN JENAYAH. SETELAH DIBUAT BANCIAN OLEH PIHAK BERTANGGUNGJAWAB BERKENAAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT, SEBANYAK 90% RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT PADA ZAMAN SEKRANG KERANA KEBANYAKAN RAKYAT MALAYSIA HIDUP DALAM KEADAAN MEWAH.
SEBENARNYA TELEFON BIMBIT MEMPUNYAI LEBIH BANYAK KEBURUKAN APABILA DIGUNAKAN DI SEKOLAH. OLEH ITU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TELAH MELARANG PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI SEMUA SEKOLAH DI MALAYSIA UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERWAWASAN. TUJUANNYA SUPAYA MENGELAKKAN MASALAH YANG BESAR. MASALAH-MASALAH YANG MENYEBABKAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH IALAH BERLAKU KECURIAN TELEFON BIMBIT HINGGA MENYEBABKAN BERLAKUNYA TUDUH- MENUDUH DI KALANGAN PELAJAR SEHINGGA MENYEBABKAN PERGADUHAN. KECURIAN TELEFON BIMBIT BERLAKU AKIBAT DARIPADA KELALAIAN PELAJAR TERSEBUT.
KEMENTERIAN PELAJARAN BOLEH MENGADAKAN ALTERNATIF LAIN DENGAN MEMBINA TELEFON AWAM BAGI MENGGANTIKAN TELEFON BIMBIT DEMI KEMUDAHAN PELAJAR. OLEH YANG DEMIKIAN PELAJAR TIDAK BOLEH MEMBUAT SEBAB MENGAPA PERLU MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH KERANA SUDAH TERDAPAT TELEFON AWAM. SEBAB DILARANG PENGGUNAANNYA IALAH PELAJAR AKAN LEKA BERMAIN SMS YANG AKAN MENYEBABKAN PELAJAR LALAI DALAM PELAJARAN. TUMPUAN PELAJAR JUGA AKAN KURANG KERANA LEKA BERMAIN SMS SEHINGGA MENGANGGU PENGAJARAN GURU SEHINGGA MENJEJASKAN TUMPUAN MURID YANG LAIN. BERMAIN SMS PASTI AKAN MENGGUNAKAN KREDIT YANG BANYAK YANG AKAN MENYEBABKAN PELAJAR MENGHABISKAN DUIT MEMBELI TAMBAH NILAI . PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH AKAN MENYEBABKAN PELAJAR TIDAK PANDAI MEMBAHAGIKAN MASA SEHINGGA TIDAK BOLEH MEMBEZAKAN MASA BELAJAR DAN MASA PERSENDIRIAN,
OLEH ITU IBU BAPA HARUSLAH MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DENGAN MENASIHATI PELAJAR TERSEBUT KEBURUKAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH ATAUPUN MENYEKAT PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT. SEKOLAH JUGA BERTANGGUNGJAWAB MELAKUKAN `SPOT CHECK` BESAR-BESARAN DENGAN MERAMPAS TELFON BIMBIT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment