Kenyataan penuh Anwar berkenaan titah Agong...
https://t.me/MalayaCyberForce/4335
Sudah-sudahlah Anwar...
Nampak terdesak sangat nak rampas kuasa...
Macamlah rakyat tak tahu, kalau lepas darurat bulan Ogos nanti, masa PRU 15...
Pakatan Harapan bakal kehilangan hampir 60 kerusi Parlimen, 25 daripadanya dari kerusi PKR...
10 lagi kerusi Amanah, 10 lagi kerusi
Bersatu, 8 kerusi Warisan dan 5 lagi dari Pejuang dan Muda...
25 kerusi PKR yang bakal hilang, hanya disebabkan gabungan undi Melayu atas tiket Perikatan Nasional...
Majoriti dari 25 kerusi tersebut ialah di Kedah dan Selangor sendiri, dimana di Kedah sahaja PKR bakal hilang sehingga 15 kerusi Parlimen...
DAP pula dijangka hanya mengekalkan 39 kerusi Parlimen, apabila 3 kerusi di Pahang, Perak dan Sabah bakal tumbang apabila undi Melayu bersatu.
Jika ini berlaku, maka gelap terus masa depan politik Anwar dan DAP, hanya dek gabungan undi Melayu...
Anwar hanya ada satu bulan sebelum tamat darurat Ogos ini, untuk merampas kuasa melalui Agong...
Jika berjaya menjadi PM, undi 18 dan sistem baru pilihanraya pasti akan dilaksana, sebelum PRU 15...
Sistem baru ini yang telah dicadangkan ERC sejak tahun 2018, dibawah Tan Sri Rashid, sebaik sahaja PH menang PRU 14...
Tan Sri Rashid ialah bekas pengerusi SPR dan naib pengerusi parti Bersatu dibawah Mahathir...
Mahathir sempat luluskan cadangan ERC sebelum meletak jawatan pada tahun 2019...
Mahathir rela hilang jawatan, dari beri Anwar jadi PM...
Walhal keduanya adalah bermusuh dengan Raja-Raja Melayu...
Cuma Anwar adalah proksi kepada Amerika, manakala Mahathir pula anti Amerika, tetapi pro kroni...
Jika PRU 15 dijalankan dengan sistem baharu berdasarkan bilangan undi seperti di Amerika, maka Pakatan Harapan masih berpeluang menewaskan Perikatan Nasional...
Ditambah pula dengan perlaksanaan undi 18, yang sedia maklum bagaimana remaja lepasan SPM lebih cenderung kepada kesamarataan agama dan bangsa kononnya...
Jika darurat dapat dipertahankan sehingga PRU 15, maka Perikatan Nasional berpeluang untuk memperoleh sehingga 160 kerusi Parlimen majoriti Melayu...
Anwar macam biasa gigih menekan Majlis Raja-Raja supaya membuka semula Parlimen, kononnya untuk rakyat...
Sambil-sambil mengadu pada Amerika, kononnya Majlis Raja-Raja nak tunduk pada Anwar dengan kehadiran kuasa besar dunia di Laut China Selatan...
Anwar ingat 9 Raja Melayu ni siapa, nak tunduk pada Amerika? Dia lupa pepatah Melayu biar putih tulang, tapi jangan sesekali berputih mata...
Masih ingat Langkah 16 September Anwar untuk jatuhkan Pak Lah, namun digagalkan Najib dengan dana 2.6 bilion dari Arab?
Masih ingat peristiwa pencerobohan Lahad Datu, hanya 2 bulan sebelum PRU 13, semasa Najib menjadi PM?
235 militan Islam bersenjata, berfahaman Wahabbi yang ditaja Amerika, kononnya mewakili Jamalul Kiram III, berketurunan Sultan Sulu...
Semua tahu hubungan Anwar dan Jamalul Kiram III, dan tujuan serangan untuk merampas negeri Sabah dari Malaysia, supaya menjejaskan bilangan kerusi Parlimen BN semasa PRU 13...
Berdasarkan Jabatan Pendaftaran Negara, lebih dari 60 ribu pendatang asing diberi MyKad dalam "Projek IC" semasa Mahathir menjadi PM...
Pendatang Islam dari kepulauan Mindanao, di selatan Filipina ke Sabah ini kononnya untuk mengatasi bilangan penduduk Kristian di Sabah oleh Mahathir...
Media antarabangsa Reuters di Filipina sendiri melaporkan bahawa bukti foto hubungan Anwar dan Nur Misuari ketua MNLF, sebaik sahaja timur Sabah diceroboh tentera Sulu pada Februari 2013...
Sehingga kini, Anwar masih gagal untuk menyaman akhbar Inquirer News, The Manila Times, Al Jacinto, agensi berita Reuters dan Badan Risikan Tentera Filipina yang mendakwa bahawa Anwar merupakan antara 3 dalang atau konspirator di belakang pencerobohan Lahad Datu.
Presiden Filipina Beningno Aquino sendiri mengesahkan ada pihak dari Malaysia yang menjadi tali barut kepada peristiwa itu, dan Anwar dicabar untuk menyaman mereka, namun sehingga sekarang mendiamkan diri...
Malah sebenarnya, krisis politik di Sabah bermula apabila PBS atau Parti Bersatu Sabah sebagai pembangkang, telah menguasai politik Sabah pada tahun 1985 hingga 1994...
Hanya beberapa hari sebelum pilihanraya negeri Sabah pada tahun 1990, PBS telah bertindak keluar dari BN, dan menyertai Gagasan Rakyat yang diketuai Ku Li...
PBS kemudiannya memenangi 36 dari 48 jumlah kerusi DUN Sabah, sekaligus layak menubuhkan kerajaan negeri pembangkang...
Ketika itu Anwar merupakan Menteri Kewangan dari tahun 1990, menjadi anak emas kepada UMNO dan Mahathir, sebelum dipecat Mahathir pada tahun 1998...
Pemilihan UMNO 1987, telah menyebabkan UMNO diharamkan, dan Ku Li musuh Anwar telah menubuhkan Semangat 46, dengan sokongan ahli UMNO yang anti Anwar...
Setelah menjadi naib presiden UMNO pada tahun 1987, Anwar telah meminggirkan Tun Ghafar dalam politik negeri Sabah, sedangkan Ghafar adalah orang yang berganggungjawab membawa masuk UMNO ke Sabah pada tahun 1985, setelah PBS menikam belakang BN.
Anwar melihat kemasukan UMNO ke Sabah menjadi aset penting dalam mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri...
Anwar juga telah mengambil alih tugas Tun Ghafar sebagai pengarah pilihanraya negeri Sabah, lantas memulakan langkah Projek IC kepada orang Suluk, untuk merampas kembali negeri Sabah dari PBS...
Hubungan keluarga Anwar dan kerabat Sultan Sulu bukan lagi rahsia, dimana terdapat satu gambar Nurul Izzah bersama anak Jamalul Kiram III, Jacel memegang plakad mendesak pembebasan Anwar oleh sahabat Filipina...
Itu cerita lama dan boleh dikatakan basi, kerana iklim politik telah pun berubah apabila semua parti komponen BN di Sabah dan Sarawak, bertindak keluar parti BN, setelah tumbang pada PRU 14...
Anwar begitu terdesak untuk keluar penjara, hingga sanggup menerima Mahathir sebagai PM, jika BN berjaya ditumbangkan pada PRU 14...
Langkah terdesak pasti membawa petaka, apabila Mahathir pula tidak mahu menyerahkan jawatan PM, selepas meletakkan jawatan genap 22 bulan selepas kemenangan PH pada PRU 14...
Kini Anwar sekali lagi ingin mencuba nasib untuk memaksa rakyat Malaysia menerima beliau sebagai Perdana Menteri, dengan membawa gerombolan tenteranya yang jauh lebih besar dari tentera pengganas Sulu dan MNLF Filipina pada tahun 2013...
Kehadiran tentera laut Amerika kononnya untuk memantau tentera China di Laut China Selatan, hanyalah drama untuk menjustifikasikan kehadiran mereka dalam 'memantau' perkembangan politik di Malaysia...
Perang proksi Amerika nanti, yang akan menggunakan Filipina, kononnya menyerang Sabah untuk menuntut kemerdekaan dari Malaysia, walhal ianya adalah serangan Amerika untuk memaksa Majlis Raja-Raja untuk membuka Parlimen sebelum dibubarkan untuk PRU 15...
China pula akan bertindak kononnya membantu Malaysia melawan Filipina yang didalangi Amerika, walhal kedua kuasa besar ini mempunyai agenda untuk menguasai politik negara, demi survival mereka...
Jika Anwar gagal untuk menjatuhkan Muhyiddin melalui undi percaya, sepertimana yang dilakukan UMNO dan DAP ketika menipu PAS dan Bersatu kononnya usul tersebut adalah untuk memberikan sokongan kepada MB Peja...
Siapa lagi dalangnya, jika bukan Anwar melalui DAP, yang berpakat untuk menolak usul undi percaya kepada MB Peja dengan 48 menolak dan hanya 10 menyokong...
Begitulah permainan kotor ahli politik yang terdesak seperti Anwar dan segelintir dari UMNO yang masih tidak dapat menerima kenyataan keputusan PRU 14...
Anwar amat terdesak untuk memastikan sidang Parlimen bermula sebelum darurat tamat pada 1 Ogos 2021, walhal hanya tinggal sebulan dari sekarang, untuk Anwar bersabar...
Tetapi begitulah Anwar, dari dulu kelemahannya dalam berpolitik adalah kesabaran yang rendah, akibat dari sikap beliau yang gemar bekerjasama dengan sang kafir yang hanya pandai mengambil kesempatan...
Hujah Anwar kononnya kes bunuh diri yang semakin meningkat, amatlah dangkal kerana sejak dulu lagi negara seperti Singapura, Korea Selatan, Jepun, Amerika, Britain, Russia dan Sweden, telah mencatatkan kadar bunuh diri yang tinggi...
Sebelum Covid lagi, negara Islam seperti Afghanistan, Syria, Libya, Sudan, Iraq, Kuwait, UAE, Arab Saudi, Turki, Indonesia, Brunei malah Malaysia telah mencatatkan kadar bunuh diri yang terendah di dunia...
Hujah Anwar bahawa YDP Agong mahu mengadakan sidang Parlimen sekarang juga tidak berasas, kerana jika Majlis Raja-Raja mahu membuka awal sidang Parlimen sebelum tamat darurat pada 1 Ogos, maka sudah pasti terma 'serta-merta' digunapakai dan bukannya 'secepat mungkin'...
Adakah Anwar sebenarnya mahu menukar Malaysia menjadi Republik, dengan memghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu, dan menjadikan mereka sebagai Presiden dan akhirnya boleh diundi keluar, sepertimana rakan DAP iaitu PAP telah berjaya lakukan di Singapura...
Adakah Anwar sebenarnya mahu menjadi Perdana Menteri sebelum 1 Ogos 2021, supaya undi 18 dan sistem baru pilihanraya ditukar, supaya DAP boleh memecahkan sempadan pilihanraya di bandar, selepas memenangi PRU 15 kelak...
Dan adakah Anwar sebenarnya rela melihat DAP terus memegang kuasa politik negara sampai bila-bila, setelah mempunyai 120 kerusi Parlimen, hasil dari 42 kerusi mereka yang dipecahkan, atas alasan berkepadatan penduduk yang tinggi...
Adakah Anwar merasakan bangsa Melayu di Malaysia ini tidak belajar dari sejarah negara Singapura, yang kini mempunyai hingga 101 kerusi Parlimen, walhal jumlah pengundi mereka hanyalah sekitar 2.5 juta sahaja, dan kerusi milik parti PAP sahaja telah mencecah 99 buah...
Dan adakah Anwar merasakan bangsa Melayu di Malaysia begitu bodoh untuk mengulangi kesilapan rakyat Singapura yang ditipu penjajah British, supaya membenci Raja Melayu Singapura, sehingga Raja mereka dihalau secara terhormat, dengan tawaran pampasan bulanan yang tidak seberapa...
Dan adakah bangsa Melayu di Malaysia sanggup berputih mata apabila satu hari nanti, Malaysia bertukar menjadi sebuah negara Republik kerana kerusi Parlimen yang dikuasai bangsa DAP,
Telah melayakkan mereka untuk menggubal Perlembagaan, meratifikasi perjanjian ICERD serta Statut Rom, sebagaimana yang telah mereka cuba lakukan ketika berkuasa 22 bulan...
Adakah bangsa Melayu ini begitu bodoh untuk berputih mata melihat YDP Agong yang ditukar menjadi Presiden, ditukar pula melalui undi kepada bangsa DAP, walaupun Anwar menjadi Perdana Menteri...
Sepertimana PAP menjadi PM di Singapura selama 31 tahun semasa mendiang Lee Kuan Yew, diwarisi kepada mendiang Goh Chok Tong selama 13 tahun, dan sekarang diwarisi pula oleh anak kepada mendiang Lee Kuan Yew, iaitu Lee Hsien Loong yang juga telah menjadi PM selama 16 tahun sehingga sekarang tanpa digugat...
Jumlah penguasaan parti PAP di Singapura setakat tahun 2021 telah pun mencecah 60 tahun dengan hanya 3 kali menukar Perdana Menteri, itu pun disebabkan kematian...
Jika Parlimen dibuka sebelum 1 Ogos 2021, Muhyiddin akan dijatuhkan dengan undi percaya dari Zahid dan Najib yang berpakat dengan Anwar dan DAP, setelah memaksa Speaker Dewan Rakyat menerima usul undi percaya kepada Muhyiddin secara licik...
Maka Muhyiddin tiada pilihan, selain untuk meletakkan jawatan, tanpa membubarkan Parlimen kerana PRU masih tidak dapat dijalankan, kerana kes Covid-19 yang masih tinggi...
Ini akan memaksa YDPA dan Majlis Raja-Raja memperkenan perletakan jawatan Muhyiddin, serta menerima pula Anwar sebagai PM, diatas majoriti tertinggi selepas Zahid membawa beberapa ahli parlimen UMNO untuk menyertai Anwar...
Maka Amerika yang sudah lama menanti untuk menguasai perairan Selat Melaka, pasti tidak menunggu untuk membina pengkalan tenteranya di Port Dickson, sesuai dengan kawasan Parlimen Anwar...
Dan Anwar juga yang telah berpuluh tahun ditaja Amerika, pastinya akan menerima normalisasi dengan negara Israel, sebagaimana yang telah berlaku kepada kebanyakan negara Timur Tengah yang berfahaman Wahabbi...
Tetapi, apa salahnya jika Anwar sedikit bersabar hanya 30 hari, mengadakan sidang Parlimen selepas 1 Ogos 2021, membuat undi percaya kepada Muhyiddin, lalu membubarkan Parlimen sehingga PRU 15 dapat diadakan dalam masa 60 hari, atau selepas kes Covid-19 reda?
Apa sebenarnya yang Anwar mahu setelah mengatur Langkah Kajang untuk menjatuhkan MB Selangor Khalid Ibrahim, sekaligus membuatkan PAS keluar dari Pakatan Rakyat, mengatur Langkah 16 September untuk menjatuhkan Pak Lah, mengatur pula Langkah Lahad Datu untuk menjatuhkan Najib dan kini mengatur Langkah Darurat untuk menjatuhkan Muhyiddin?
Na'uzubillahiminzalik.
Wallahua'lam. Allahu Akbar.
@MalayanCyberForces
*Like Page:-*
https://www.facebook.com/Kelapa-Muda-236740907004159/
No comments:
Post a Comment