Tuesday, December 15, 2009
KENAPA BERMAIN BOLA SEPAK DI KOMPUTER DAN TIDAK DI PADANG ?
Permainan bola sepak sekarang sudah semakin popular terutamanya di kalangan remaja. Dengan bermain bola sepak, badan kita juga akan menjadi sihat. Tetapi pada zaman moden, remaja lebih gemar bermain game bola sepak yang boleh di download secara percuma atau melayari internet berbanding bermain bola sepak di padang yang membebankan.
Remaja lebih gemar bermain game bola sepak adalah kerana bermain game bola sepak tidak memenatkan berbanding bermain bola sepak di padang. Bagi mereka bermain bola sepak di padang adalah menyusahkan. Selain itu bermain game bola sepak adalah lebih mudah dengan hanya menggunakan jari jemari di atas papan kekunci ataupun lebih dikenali sebagai keyboard tanpa berlari ke sana dan ke sini dengan menggunakan kaki ketika berada di atas padang.
Salah satu sebab lagi ialah mereka malas untuk bermain bola sepak kerana orang seperti mereka terlalu obses dengan game bola sepak ataupun mereka tidak mempunyai kawan untuk bermain bola sepak dan dipulau oleh kawan kawanya atas sebab sebab tertentu. Oleh sebab itu mereka menjadikan game bola sepak sebagai kawan mereka.
Sesetengah orang yang tidak mahu bermain bola sepak di padang adalah kerana mereka takut akan ancaman dan bahaya setelah keluar dari rumah untuk bermain bola sepak di padang seperti patah kaki, terseliuh kaki ataupun diculik oleh penculik. Bagi mereka bermain game bola sepak adalah lebih selamat.
Mereka juga enggan bermain bola sepak di padang kerana mereka malu pada kawan kawannya akibat tidak reti main bola sepak secara berpasukan ataupun lebih dikenali sebagai kaki bangku yang bermaksud tidak tahu bermain bola sepak. Jadi mereka memilih alternatif lain dengan bermain game bola sepak.
Sebenarnya mereka yang bermain game bola sepak adalah kerana mereka mahu menenangkan fikiran dan menghilangkan stress kerana mereka banyak belajar atau kerja yang terlampau banyak untuk disiapkan.
Remaja yang bermain game bola sepak bertujuan untuk mempelajari taktik, cara bermain dan lain lain daripada game bola sepak. Oleh yang demikian mereka tidak perlu membeli buku panduan yang menceritakan cara mempelajari cara bermain bola sepak dengan betul. Lagipun buku panduan cara bermain bola sepak juga sudah semakin mahal akibat daripada kenaikan harga minyak.
Kesimpulannya ialah tidak salah kita bermain game bola sepak tetapi janganlah terlalu lama mengadap komputer sehingga mata menjadi rabun. Sesekali keluarlah bermain bola sepak di padang supaya badan kita sentiasa cergas dan otak menjadi cerdas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hi kamil....artikel xcelllent...tp gadget dan design sikit sgt.....so keep it up
ReplyDeleteoh ye ke ? takpe nanti saya akan cuba lagi supaya blog saya ok
ReplyDelete