Tuesday, December 7, 2021

CARA ELAK DITIPU SCAMMER

#1. Jangan jawab panggilan antarabangsa. Jangan jawab panggilan daripada nombor telefon dari luar negara yang tidak dikenali, melainkan nombor tersebut adalah senarai kenalan anda.

#2. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi. Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau pun nombor TAC anda sila simpan untuk kegunaan anda sendiri sahaja. Jika pihak tersebut meminta maklumat tentang kad debit/kredit dan perbankan online anda, lebih baik anda tamatkan sahaja panggilan tersebut.

#3. Catat segala maklumat pemanggil. Catat butiran daripada pihak yang menghubungi anda dan maklumkan kepada mereka yang anda tidak dapat bercakap pada waktu tersebut dan akan menghubungi mereka semula. Bertenang dan jangan panik. Semak nombor telefon bank anda atau pihak penguatkuasa undang-undang di laman web rasmi mereka seterusnya hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

#4. Jangan muat turun aplikasi yang mencvurigakan. Jangan memuat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri mengandungi Malw4re atau Spyw4re yang mungkin dapat mended4hkan butiran peribadi anda. Pastikan aplikasi itu adalah aplikasi rasmi daripada syarikat berkenaan, lagi-lagi yang melibatkan kewangan.

#5. Hubungi talian khidmat pelanggan. Hubungi Penyedia Perkhidmatan anda jika anda menerima panggilan yang tidak dikenali berulang kali.

#6. Guna aplikasi untuk mengenal pasti dan menyekat panggilan. Playstore dan iOS sering mengeluarkan aplikasi yang boleh menyekat panggilan. Fungsi ini amat berguna kerana masa panggilan diterima, sesetengah aplikasi boleh mengesan dan memaparkan nombor berkenaan sebagai sc4mmer dan sebagainya.

Antara aplikasi yang boleh dimuat turun ialah ‘truecaller’. Selain itu, anda boleh menggunakan laman web sc4m.my menghimpunkan segala maklumat berkaitan ‘sc4mmer’. Anda hanya perlu masukkan nombor telefon, akaun bank dan beberapa maklumat tambahan.

Hanya klik pada ruang carian dan jika butiran yang dimasukkan itu dikesan sebagai ‘sc4mmer’, segala maklumat mengenai pihak terbabit akan dinyatakan. Semak dulu nombor telefon yang mencvrigakan sebelum anda menjadi mangsa sc4mmer seterusnya. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment