Wednesday, December 14, 2011

KARYAKU (SURAT TIDAK RASMI)

Blok Permaisuri
SMK Sains Raub
86510 Raub
Pahang

16 Januari 2009

Ke hadapan ayahanda dan bonda yang berada di Bandar Baru Bangi. Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat sekerluarga. Anakanda di sini juga sihat.

Ayahanda dan bonda yang diingati,

Tak silap anakanda, sudah sebulan anakanda berpisah dengan keluarga. Apabila waktu malam menjelma iaitu masa tidur anakanda terasa rindu dan mahu sahaja pulang ke pangkuan keluarga namun begitu anakanda juga mengenangkan masa depan yang cerah, oleh itu anakanda terpaksa menguatkan semangat dalam mencari dan menimba ilmu. Di sana anakanda dapat menyesuaikan diri dan anakanda juga tidak kekok dengan rakan-rakan yang lain. Anakanda berasa gembira kerana rakan-rakan baik budi pekerti dan saling membantu ketika anakanda kesusahan.

Anakanda masih ingat pada hari pertama persekolahan. Pihak sekolah telah menjalankan minggu suai kenal. Selepas minggu suai kenal, pembelajaran pun bermula. Kami belajar pada waktu pagi. Dari pagi pembelajaran bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.50 tengah hari. Pembelajaran bukan setakat terhenti di situ sahaja. Kami juga belajar pada waktu petang dan malam dengan mengadakan kelas tuisyen anjuran guru mata pelajaran subjek masing-masing.

Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda. Sebenarnya anakanda dapat hidup berdikari. Semua kerja anakanda dapat lakukan dengan sendiri sepeti membasuh baju serta kasut, melipat baju, mengemaskan katil, membersihkan dorm dengan kawan mengikut hari yang ditetapkan seperti menyapu lantai, mencuci lantai dan lain-lain. Pada hari persekolahan kami diwajibkan bangun pagi pada pukul 5.30 pagi. Selepas itu kami bersiap-siap ke sekolah dan turun ke kantin untuk sarapan pagi.

Anakanda mepunyai teman yang bernama Nizar Rayyan. Dia adalah rakan karib anakanda. Salahuddin Al-Ayubi juga kawan anakanda yang juga merupakan seorang pengawas yang adil lagi bijaksana. Seorang lagi kawan anakanda yang digelar ulat buku oleh rakan sekelas anakanda kerana gemar membaca majalah, novel, cerpen, surat khabar dan apa-apa sahaja yang boleh menjadi bahan bacaannya tidak lain tidak bukan Abu Anas Al-Zaharna. Dia memegang jawatan pengawas pusat sumber. Nama-nama yang anakanda sebutkan tadi adalah nama ahli kumpulan belajar anakanda. Kami bersepakat menamakan kumpulan kami Orkid 3 Serangkai.

Di sini segalanya lengkap. Kami juga dibenarkan ke bandar dua minggu sekali untuk membeli keperluan. Pada hari persekolahan kami diharuskan memakai pakaian seragam agar dapat membentuk disiplin diri. Anakanda juga boleh balik sebulan sekali dengan itu anakanda dapat melepaskan rindu pada ayahanda dan bonda.

Sampai sini sahajalah cerita anakanda. Jika ada kelapangan anakanda akan menulis lagi dan anakanda minta tolong supaya sampaikan salam kepada keluarga tidak lain tidak bukan kepada abang, kakak dan adik anakanda.

Yang merinduimu,
................

p/s : patut nyer alamat, tarikh n tandatangan kt belah kanan, bukan nyer di belah kiri.. tu bru la format yg btul.. aq pon dh bnyk kali cuba nk ltak belah kanan tapi tetap di belah kiri gak... aq pon x tau nk wat camne agi dh... so aq biarkn je la... janji bole faham sudah..

1 comment: